Dan sesiapa yang berhijrah pada
jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan
dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang
makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah
kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka
sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Comments
Post a Comment